Sekolah Kebangsaan Pasir
Akar Jerteh telah dibina kira-kira 60 tahun yang IaIu. Pengasasnya merupakan
seorang anak muda iaitu Awang Nik bin Mamat (1926) yang berasal dari Pasir
Puteh, Kelantan.Semangat untuk mendirikan Sekolah kebangsaan Pasir Akar timbul apabila
Awang Nik menyedari betapa mundurnya masyarakat Melayu ketika itu khususnya
yang tinggal di kawasan Pasir Akar dan kawasan persekitarannya. Dengan
bantuan seorang Ustaz. Awang Nik telah berganding bahu dengan penduduk kampung
untuk membina sebuah sekolah di kampung Pasir Akar pada tahun 1938 di atas
sebidang tanah yang telah dihadiahkan oleh seorang penduduk, Ibrahim bin Boto. Dengan
hanya berdindingkan buluh dan beratapkan daun nipah sekolah pertama terbina
dengan diiringi doa dan restu penduduk dengan nama Sekolah Melayu Rakyat. Pada
awalnya seramai 50 anak tempatan telah mula belajar di sekolah berkenaan dengan
tenaga pengajar seramai dua orang. Tetapi setelah tiga tahun beroperasi dengan
tidak diduga Jepun telah menyerang Malaya hingga menyebabkan sekolah itu
terpaksa ditutup selama 6 tahun. Setelah kedatangan British semula Sekolah
Melayu rakyat telah dibuka semula dan Awang Nik bin Mamat kembali semula untuk
berkhidmat sebagai pendidik. Tidak lama kemudian iaitu pada tanggal 10
September 1946, di saat-saat anak kelahiran Pasir Akar memerlukan bimbingan
pendidikan, Awang Nik terpaksa meninggalkan tugasnya sebagai guru apabila
mendapat tawaran bekerja sebagai seorang pegawai di ]abatan Parit dan Taliair.
Tempat beliau kemudiannya diganti oleh Encik Mohamad bin Embung. Dalam
tempoh perkhidmatan beliaulah, Sekolah Melayu Rakyat ni telah diambil alih oleh
kerajaan dan bangunan baru telah dibina menggantikan bangunan lama. Serentak
dengan itu juga namanya telah bertukar kepada Sekolah kebangsaan Pasir Akar
yang diguna pakai sehinggalah hari ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan