Rabu, 5 September 2012

Profile PSS


1. Profil Pusat Sumber Sekolah

1.1 : Definisi Pusat Sumber Sekolah

Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu tempat terkumpulnya berbagai-bagai alat dan bahan media pendidikan yang dikelaskan, dikatalogkan dan disusun atur bagi memudahkan pengguna. Ia juga adalah tempat untuk warga sekolah berkumpul, berunding, memilih, merencana, menerbit dan menggunakan alat pengajaran demi meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

PSS adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis

Ia juga sebuah tempat bagi memperoleh, mengumpul dan membina maklumat baru supaya dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.2 : Konsep PSS

Suatu tempat - yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa
Perkhidmatan - yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran.
Koleksi bahan - yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan
Agen perubahan - yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pengajaran.

1.3 : Fungsi PSS
  • Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum
  • Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran
  • Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan
  • Pintu masuk maklumat dari agensi luar
  • Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum
  • Penggalak aktiviti mambaca dan kemahiran maklumat
  • Pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri
  • Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan
  • Penyedia perkhidmatan reprografi dan rakamsalin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2012 lankub. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN