Sekitar Bengkel Blog

Bengkel blog oleh saudara Rizalman Rawi

Indahnya Hidup Bersyariat

Buku Pilihan

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Syoknya Baca Buku ni...

Buku Pilihan Bulan ini

Buku ini disasarkan kepada remaja, bakal pengantin, suami isteri baru dan veteran. Selain membawa senario cinta dari perspektif Islam, buku ini memberi panduan bagaimana men-jadi isteri dan suami mithali. Bagi remaja buku ini amat bermanfaat untuk memahami persiapan sebelum melangsungkan perkahwinan dan bagaimana melahirkan perasaan cinta suami isteri yang tinggi. Topik terhangat ialah teknik Cakar Harimau dan Urutan Labah-Labah yang popular....

Buku DOA & ZIKIR HARIAN

Buku Pilihan

Buku DOA & ZIKIR HARIAN ini lain daripada yang terdapat dalam pasaran kontemporari kerana ianya disusun dan direka bentuk dengan ciri-ciri keistimewaan tertentu antaranya:

  1. Susunan doa ditujukan khas untuk semua golongan dan peringkat usia.
  2. Setiap doa ada keterangan, petua beramal dan adab-adab.
  3. Buku bersaiz kecil mudah untuk dipegang di atas tapak tangan kiri, dan mudah untuk diselak dari muka ke muka oleh jari tangan kanan.

Anakku Hebat Anakku Soleh

Buku Pilihan

Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat, selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Tetapi pakej ciri-ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran. Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik sembarangan. Buku ini menghurai kaedah dan panduan tersebut.....

StormReaders Network- perniagaan jualan langsung 100% syariah complient

Peluang perniagaan INTERNET

Apa yang dijual di bawah StormReaders? Itu yang menariknya... jawapannya- buku-buku di bawah Telaga Biru Sdn Bhd, dimana kebanyakannya buku-buku motivasi, keagaamaan, koleksi hadis & doa, dan perniagaan dan banyak lagi.Bagi saya, perniagaan jualan langsung StormReaders adalah sesuatu yang unik kerana jarang kita mendengar perniagaan jualan langsung dilakukan untuk bahan-bahan ilmiah. Bukan sahaja menjana pendapatan melalui perniagaan, tetapi juga dapat menyebarkan ilmu yang baik.Buku-buku Telaga Biru Sdn Bhd termasuk buku2 Dato Fadzilah Kamsah, Ustazah Norbahyah, Prof Izzi, Ustaz Zahzan, Ustaz Zaharuddin dan ramai lagi. So, boleh dikatakan, bahan-bahan ilmiah yang dihasilkan adalah berkualiti.

Cinta Granada

Buku Pilihan

Cinta Granada

Pesanan daripada pakar motivator, Dato Dr Fadzilah Kamsah

Pesanan

Memberi makan minda dengan meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan lebih besar makna dan fungsinya ke arah menaikkan tamadun dan peradaban manusia daripada memberi makanan kepada tubuh badan semata-mata.

Isnin, 10 September 2012

Lencana



1.  Bentuk lencana seperti sebuah perisai menandakan benteng pertahanan dari sebarang serangan "musuh"
2.  Penggunaan warna:


Biru  - Latar belakang biru menandakan warna sekolah, pakaian seragam murid, keharmonian warga SKPA.
Kuning - Warna bulatan   kuning yang mengelilingi SKPA ditengah-tengah perisai menandakan warna di raja, taat pada perintah.
Bendera Malaysia di kiri menunjukkan  SKPA memenuhi ciri kerakyatan berbilang kaum, begitu juga dengan bendera negeri Terengganu di kanan menunjukkan  SKPA terletak di negeri Terengganu.
Bentuk bulatan ditengah-tengah menandakan kesepakatan dan kerjasama antara murid-murid, murid -guru, guru-guru, guru- PIBG, PIBG-masyarakat.
Perkataan SKPA di tengah-tengah bulatan itu membawa maksud sekolah menjadi institusi yang bernilai dan berharga

Obor yang menyala merah di tengah-tengah menandakan kecemerlangan ilmu dan keseimbangan ilmu yang didapati  dari sekolah ini  antara dunia dan akhirat sama penting.

Lambang pengakap dan tiga bulatan sukan dibawah menunjukkan aktiviti ko-kurikulum turut membantu murid mencapai kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum.
"Otak yang cerdas datang dari badan yang cergas"
Tulisan TAAT USAHA JAYA dibawah perisai  adalah cogankata sekolah.
Nama sekolah pula tertera   di atas obor.

Ahad, 9 September 2012

Visi & Misi PSS


VISI PSS

Melahirkan insan yang berpengetahuan luas dan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.

MISI PSS

1. Melahirkan warga sekolah yang berpengetahuan dan mampu berdaya saing.
2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan tenteram.
3. Mewujudkan semangat kerja berpasukan antara warga sekolah.
4. Membentuk insan yang mempunyai nilai-nilai murni dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
5. Mewujudkan pelajar yang mampu berdikari dan boleh memikul tanggungjawab
sendiri untuk mendapatkan ilmu berpengetahuan.

 

Rabu, 5 September 2012

Sekitar Bengkel Pembinaan Blog PSS di PKG Jerteh




Profile PSS


1. Profil Pusat Sumber Sekolah

1.1 : Definisi Pusat Sumber Sekolah

Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu tempat terkumpulnya berbagai-bagai alat dan bahan media pendidikan yang dikelaskan, dikatalogkan dan disusun atur bagi memudahkan pengguna. Ia juga adalah tempat untuk warga sekolah berkumpul, berunding, memilih, merencana, menerbit dan menggunakan alat pengajaran demi meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

PSS adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis

Ia juga sebuah tempat bagi memperoleh, mengumpul dan membina maklumat baru supaya dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.2 : Konsep PSS

Suatu tempat - yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa
Perkhidmatan - yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran.
Koleksi bahan - yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan
Agen perubahan - yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pengajaran.

1.3 : Fungsi PSS
  • Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum
  • Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran
  • Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan
  • Pintu masuk maklumat dari agensi luar
  • Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum
  • Penggalak aktiviti mambaca dan kemahiran maklumat
  • Pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri
  • Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan
  • Penyedia perkhidmatan reprografi dan rakamsalin

Sejarah Sk Pasir Akar


Sekolah Kebangsaan Pasir Akar Jerteh telah dibina kira-kira 60 tahun yang IaIu. Pengasasnya merupakan seorang anak muda iaitu Awang Nik bin Mamat (1926) yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.Semangat untuk mendirikan Sekolah kebangsaan Pasir Akar timbul apabila Awang Nik menyedari betapa mundurnya masyarakat Melayu ketika itu khususnya yang tinggal di kawasan Pasir Akar dan kawasan persekitarannya. Dengan bantuan seorang Ustaz. Awang Nik telah berganding bahu dengan penduduk kampung untuk membina sebuah sekolah di kampung Pasir Akar pada tahun 1938 di atas sebidang tanah yang telah dihadiahkan oleh seorang penduduk, Ibrahim bin Boto. Dengan hanya berdindingkan buluh dan beratapkan daun nipah sekolah pertama terbina dengan diiringi doa dan restu penduduk dengan nama Sekolah Melayu Rakyat. Pada awalnya seramai 50 anak tempatan telah mula belajar di sekolah berkenaan dengan tenaga pengajar seramai dua orang. Tetapi setelah tiga tahun beroperasi dengan tidak diduga Jepun telah menyerang Malaya hingga menyebabkan sekolah itu terpaksa ditutup selama 6 tahun. Setelah kedatangan British semula Sekolah Melayu rakyat telah dibuka semula dan Awang Nik bin Mamat kembali semula untuk berkhidmat sebagai pendidik. Tidak lama kemudian iaitu pada tanggal 10 September 1946, di saat-saat anak kelahiran Pasir Akar memerlukan bimbingan pendidikan, Awang Nik terpaksa meninggalkan tugasnya sebagai guru apabila mendapat tawaran bekerja sebagai seorang pegawai di ]abatan Parit dan Taliair. Tempat beliau kemudiannya diganti oleh Encik Mohamad bin Embung. Dalam tempoh perkhidmatan beliaulah, Sekolah Melayu Rakyat ni telah diambil alih oleh kerajaan dan bangunan baru telah dibina menggantikan bangunan lama. Serentak dengan itu juga namanya telah bertukar kepada Sekolah kebangsaan Pasir Akar yang diguna pakai sehinggalah hari ini.

Selasa, 4 September 2012

Pengenalan

Selamat Datang ke Blog PSS Sk Pasir Akar. Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda.Terima kasih.

 

© 2012 lankub. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN